Lama tak update blog. Sibuk di ladang memanjang. Kerja dari bos hinggalah ke kuli. Namun hari ni nak cerita nostalgia seorang guru....Makin dekat nak pencen, makin sayu pulak hati. Bukan ape..... Mendidik dan mengajar tu memang dah sebati dalam diri. Seronok, indah, mencabar dan segalanya. Tapi keputusan melepaskan jawatan ni tak lah rasa silap. Masa dah tiba untuk meneroka dunia lain.
Namun, nostalgia seorang guru tu datang balik bila di depan pagar ladang seorang lelaki menyapa, " Cikgu Zuraini dari SYS kan!". Bila ditenung, lelaki tu adalah HAFIZ salah sorang dari beribu-ribu bekas anak muridku. Bezanya yang ni, dia datang mencari kambing di ladangku untuk diternak.Dulu dia ni baik budaknya. Datang bersama isteri dan 2 orang anak. Sekarang dia juga dah memegang title GURU. Mengajar di Mukut, Sarawak. Akhirnya, selepas bercerita itu-ini, 4 ekor kambing dan seekor bebiri ku bertukar tangan....
Anak-anakku juga selalu berkata, "famous le ibu, ramai yang kenal dan tegur ibu bila berjalan di mana-mana? Di Ipoh, Shah Alam, Klang, Pahang, Trengganu, malah di Johor. Gitu le bila jadi seorang guru... Lepas ni aku tak tau pulak apa yang akan berlaku bila aku dah tukar ke title PENTERNAK KAMBING.....
Kambing kurban, akikah mahupun kenduri yang dibekalkan oleh Denaibunda Multifarm adalah terus dari ladang dengan harga mampu milik. Juga terdapat pilihan bebiri yang sihat.
Sunday, December 21, 2014
Monday, November 17, 2014
Special handbag from Alwigoat
9 Nov 2014, hari yang agak lapang dan saudara Alwi juga lapang untuk menerima kunjungan kami. Bertolak lepas zohor. Tiba di ladangnya, sesuatu yang mengasyikan berlaku. Pekerjanya memanggil dalam dua kali sahaja kambing-kambing yang sedang meragut sekitar kandang. Berduyun mengikutnya naik kekandang.... Ya Allah, mudahnya mereka diajar, berbanding dengan murid-murid ku dahulu!
Tapi yang special,… ni die, handbag Mr Alwi….
Banyak ilmu yang diperturunkan oleh Encik Alwin tanpa lokek. Terima kasih bebanyak. Moga Allah terus merahmati En. Alwi.
Amin.....
Monday, October 27, 2014
KELUARGA BARU BEBIRI
Dua cuties ni lahir baru-baru ni. Comel...jantan dan betina. Tambah lagi bilangan bebiri di kandang kambing ku. Moga Allah terus memurahkan rezeki ku. Amin....
Pening nak bagi nama kat mereka...namun mereka menceriakan hari-hari saya.....
Pening nak bagi nama kat mereka...namun mereka menceriakan hari-hari saya.....
Thursday, October 23, 2014
SICOMEL NANDUK
Si comel ni namanya Nanduk.Namanya diberi sebab gemar menaduk kaki orang sambil melompat-lompat gembira. Anak bebiri ni lahir pd 17/09/14.
Ia menceriakan hari saya... Didoakan Nanduk terus membesar dengan sihat. Amin...
SILAJ BATANG JAGUNG
Rupanya tak susah mana nak buat silaj batang jagung. Mulanya silaj ni saya guna untuk support makan bebiri saya yang kuat makan. Malam pun bising nak makan. Sekarang ni semua kambing dah suka makan silaj ni.
Silaj ni boleh dibuat dalam tong atau plastik je. Dengan syarat, tak berlubang agar tak masuk angin. Rosak.
Silaj sedia digunakan setelah 48 jam.
Silaj akan diterus dibuat bagi memastikan makanan tersedia terutamanya di musim hujan ni, kambing tak dapat nak dilepaskan meragut. Doaku, kambing akan terus sihat.
Amin....
Friday, October 10, 2014
SPECIAL DELIVERY
Thursday, October 9, 2014
SALAM AIDIL ADHA
Rasanya dah terlambat untuk ucapkan "Selamat Aidil Adha". Terlalu sibuk untuk update blog ni. Ianya dah berlalu, tetamu Allah juga telah mula pulang dari Tanah Suci Kota Mekah. Didoakan mereka semua memperolehi haji mabrur...
Kurban di ladang
Amin.....
Kurban di ladang
Anak lelakiku Iman turut membantu melapah
Kurban oleh En. Abdul Latiff dari Nigeria
Hanif dan Harun... kecoh tengok kambing
Ramai rakan datang melawat. Tapi Kak Shidah yang pegang pisau lapah...
Terima kasih kepada semua pelanggan kerana memilih Denai Bunda Multifarm bagi mengerjakan ibadat korban. Semoga ibadat korban diterima Allah s.w.t.Amin.....
Monday, September 15, 2014
Tuesday, August 26, 2014
ASYIK MEREPAIR KANDANG
Suamiku merepair kandang untuk ibu dan anak. Aktif benor anak kambing ni...
Kerje 7 hari seminggu la ni. Pagi sampai magrib.
Anak kambing berusia 4 hari. Belum ade nama
Baka baru (Jambol) asyik nak gadoh dengan jiran sebelah. Patah kayu kandang!.
Pagi ni saya dan Wan (pekerja) repair kandang lagi....
Kambing... oh kambing....
Tuesday, August 5, 2014
PIONEER GROUP
Merah namanya!. Laju aje makan pelepah sawit walaupun baru bertukar kandang dari kandang kawan saya Pn. Zahrah di Chenderiang ke kandang saya. Bunting pulak tu...
Ni pun baru bunting. Mona namanya...
Thursday, July 17, 2014
RAMADHAN & EL NINO
Dah lebih 40 tahun berpuasa, tak le kisah sangat tentang
cuaca masa Ramadhan. Ada El Nino ke , tak de ke. Tapi Ramadhan kali ni lain
sikit. Sebabnya kena bekerja di bawah panas! Camma le pekerja kontrak boleh
keje!
Cuba adapts scenario ni, saya menukar menu Ramadhan kali ni. Sebab
utama nak kurangkan terhidrat. Bila badan kurang air, kita akan rasa penat
Menu bersahur dan berbuka kena banyak sayur.
salad sedap dan berkhasiat
Nak sediakan pun senang
Minuman pulak, elakkan yang
berkafien.
Elakkan minuman ni ketika bersahur
Sebab minuman ni
mencepatkan kita buang air. Bila dah kerap ke toilet, kurang le cairan badan. Tapi bagi peminat
tegar kafien cam saya ni, kena juga ambil kopi. Ambik ketika berbuka pun memadai…. Jangan le banyak. Cuma
secawan jadi le…
Sebagai ganti, minuman jus buah adalah terbaik. Jus dari sayuran juga bagus ( tapi tak lalu pulak nak telan).
buah-buahan yang mudah diperolehi
Pagi-pagi tu blend le
buah-buahan seperti manga, honeydew, apple hijau, tembikai, rock melon dan
lain-lain. Nakkan lebih sedap, tambah le susu pekat.
Jus-jus yang sedap dinikmati ketika sahur
Ingat! Don’t ever use ice. Ni buat kita lesu.
Tapi boleh guna air yang telah disejukkan dalam fridge. Juga jangan lak buat
suam. Sebab suhu setinggi 60 celcius dah
boleh uraikan vitamin yang ade. Jus pulak jangan sekali- kali ditapis. Sebat je dengan seratnya. Ni le tujuan utama jus. Minuman yang berserat
tinggi dapat mengurang terhidrat di siang hari…. Ni petua dari
nutrition juga. Dalam banyak jus, jus rock melon le paling sedap!
Sekarang dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Nak cari petua mendapat amalan, semangat dan tenaga untuk mencari malam yang baik dari seribu malam. Lailatul Qadar...Semoga diketemukan daku dengannya....
Amin....
KRONOLOGI LADANG
4 April, tanah mula dibersihkan
![]() |
Ni rupa jalan masuk pada mulanya. Jarak dari jalan raya dalam 300m.
Bila hujan kereta pun boleh sangkut.
Repair sikit dan tambah batu kasaran. Baru ok. Bila ade duit lebih nanti, nak tar le...
Kabin buat tempat tinggal pekerja masuk dulu. Masa tu mula mohon air. Dengan "kelembapan" sub con LAP, air dan septik siap sepenuhnya 4 bulan kemudian....Ingat ke mudah le bila ade air. Macam-macam alasan kalau minta datang siapkan. Satu... satu...tak tau le macammana depa bekerja...tak faham!. Yang depa tau, duit!. Duit dulu, kerje kemudian
Dengan khidmat Afril dari Sharifah Farm Resources (Melaka), keja-keja bina kandang kambing
bermula (15 April).Terima kasih sebab buat kandang dengan competitive price
serta tunjuk ajar mengenai ternakan kambing. Tak kedekut ilmu.....
Yang susah ialah, no water, no electricity...Elektrik hanya boleh masuk bila kandang dah siap!
Semasa kandang dibuat, saya dengan bantuan suami, dan anak-anak mula menanam napier dan purple guenie. Benih napier ambik kat Infoternak dan ladang Dr. Vijay. Benih purple guenie beli kat Lazuli.
Masa tu musim panas... berpinar juga membersih dan menanam
Masa tu musim panas... berpinar juga membersih dan menanam
Kena musim panas. Napier tak menjadi... kurus je. Baru tabur baja tinja ayam
Ditanam dilereng agar dapat mengelak hakisan
Tak sabar nak tengok rupanya bila dah besar!
Akhirnya tumbuh juga walau panas membahang. Pagi-pagi lagi ianya disiram.
Ya Allah, suburkanlah tanaman ini....
Finally, electric supply dapat
Pengalaman mendapatkan bekalan letrik ni adalah cabaran. Macam-macam ragam. Nak itu, nak ini. Ade 'orang tu' tak mau sign borang permohonan dengan alasan akan mencemarkan. Dimintanya surat kebenaran JPV le, Jabatan Alam Sekitar le, dan macam-macam kerenahnya... Tak faham! Macam le kandang ni besor benor cam ladang babi yang ada kat Parit ni! Babi ok pulak!
Akhirnya, saya berjaya dapatkan sign dari 'orang lain'..Seminggu lepas dapat letrik, saya dapat bil pertama! Yang ni cepat!!!!
Sedia untuk menerima kambing...
Kunjungan tetamu dialukan
Ya Allah..mudahkanlah usaha ku..
Amin...
Thursday, March 13, 2014
PERBEZAAN ANTARA AQIQAH DAN QURBAN.
Di antara perbezaan aqiqah dengan qurban:
1.
Aqiqah tidak terikat pada masa
tertentu, sedangkan qurban dilakukan selepas sembahyang dan khutbah
Hari Raya Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
2.
Daging aqiqah boleh diberi milik
kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir
miskin.
3.
Aqiqah dilakukan sempena menyambut
kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan
kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya,
Ismail.
4.
Daging qurban sunat disedekahkan
secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
Tuesday, March 11, 2014
APAKAH AQIQAH
PENGERTIAN AQIQAH
Aqiqah ialah
sembelihan binatang an ‘am yang dilakukan kerana menyambut
kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah s.w.t
Sabda
Rasullullah s.a.w
كُلُّ
غُلاَمٍ
رَهِيْنَةٌ
بِعَقِيْقَتِهِ
تُذْبَحُ
عَنْهُ
يَوْمَ
سَابِعِهِ
, وَيُحْلَقُ
وَيُسَمَّى
.
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Hukumnya ialah sunat mu’akkadat bagi orang
yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki
disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan
disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta
boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Waktu
pelaksanaannya ialah dari hari kelahiran
kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan
‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
SYARAT
PENYEMPURNAAN AQIQAH
1. Berniat aqiqah
ketika menyembelih.
2. Hendaklah
binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta
sampai umur.
PERKARA
SUNAT SEMASA AQIQAH
1.
Berdoa semasa hendak
menyembelih:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah….
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah….
2.
Menyembelih ketika matahari sedang
naik.
3.
Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu
sebelum disedekahkan.
4.
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang
daripada binatang aqiqah, hanya
mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
5.
Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.
6.
Memasak daging ‘aqiqah dengan cara
gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
HIKMAH
AQIQAH
Di antara hikmahnya;
1.
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada
Allah kerana telah mengurniakan anak.
2.
Untuk mengisytiharkan kepada
masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
3.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan
perkara-perkara kebaikan.
4.
Mengeratkan hubungan
silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang
dikurniakan anak.
5.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana
mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
Subscribe to:
Posts (Atom)