Friday, April 17, 2015

PROJEK SUSU KAMBING



Agak lama tak menulis; otak rasa “blank”.  Nak bercerita tentang projek terbaru ladang saya. PROJEK SUSU KAMBING. Sebenarnya dah lama kawan saya En. Nazri dari Baling, Kedah, menasihatkan saya supaya memulakan projek ini sebagai satu hasil harian yang boleh dibuat modal pusingan apabila saya menyatakan ingin menternak ayam piru/ ayam belanda

Menurut  beliau, menternak ayam belanda lari ‘pitching’, namun tidak saya hiraukan apatah lagi saya dihantui dengan perkhabaran susu kambing berbau hamis.  Saya mula mengumpul maklumat bagaimana nak dapat anak ayam, makanan anak ayam hinggalah makanan ayam dewasa, cara menjaga, penyakit dan ubat, dan bermacam-macam tentang ayam ni.Dalam masa yang sama, terus mengupah orang membina reban ayam.  Rupanya tak mudah…. Tahniah kepada rakan ternak yang menternak ayam ini. Patutlah lari ‘pitching’. Dalam usia yang dah hampir setengah kurun ni, rasanya tak mampu saya  nak menghadamkan ilmu baru ini seterusnya menggunakannya dalam tempoh yang terdekat. Saya pun mula kembali dengan ideanya melihat prospek kambing susu!

Langkah pertama, mencari baka kambing susu. Saya memilih Sanen Kacuk  tempatan.  Beli import, takut tak termampu menjaganya yang terperanjat dengan cuaca ekstrim kita. Panas dan sejuk, tak dapat dijangka. Tambahan pula, kandang selalu tempias bila hujan!


Tengok, apa yang saya buat untuk elak tempias dan sejuk!!!

Rakan saya, Vijay, membawa saya ke ladang Happy Farm, di Bagan Serai,  kepunyaan Pn. Heng bagi mencari kambing. Wow!!! Inilah ladang impian saya….Dalam post lain saya akan tunjukkan ladangnya. Saya membawa balik 10 ekor anak dara sanen kacuk! 



                                                Dara sanen yang dibawa balik



Saya kemudian membeli ibu-ibu sanen dari ladang berdekatan. Pemakanan sanen pun dikhususkan.  Dan terus mula memerah susu bagi ibu-ibu yang dah beranak. Mula dengan sekor, 2 ekor, 3 ekor dan seterusnya…Saya juga mengumpulkan susu kambing rakan yang tidak terjual. Hasilnya, ni dia….benar nasihat kawan saya…


 


Susu kambing yang telah dikumpul



Susu kambing siap dibotol dan dilabel

 
Mempelbagaikan cara mendapat khasiat susu kambing

i). Dibancuh bersama kopi/nescafe
 




ii). Diblend dengan  buah-buahan





 

iii). Lain-lain minuman seperti cincau





iv). Digunakan dalam kuih-muih dan desert





MOH KOME, MINUM SUSU KAMBING…rasai kelazatannya, alami khasiatnya.