Thursday, July 17, 2014

RAMADHAN & EL NINO



Dah lebih 40 tahun berpuasa, tak le kisah sangat tentang cuaca masa Ramadhan. Ada El Nino ke , tak de ke. Tapi Ramadhan kali ni lain sikit. Sebabnya kena bekerja di bawah panas! Camma le pekerja kontrak boleh keje!

Cuba adapts scenario ni, saya menukar menu Ramadhan kali ni. Sebab utama nak kurangkan terhidrat. Bila badan kurang air, kita akan rasa penat

Menu bersahur dan berbuka kena banyak sayur.



 salad sedap dan berkhasiat
Nak sediakan pun senang


Minuman pulak, elakkan yang berkafien. 




 Elakkan minuman ni ketika bersahur
 
Sebab minuman ni mencepatkan kita buang air. Bila dah kerap ke toilet, kurang le cairan badan. Tapi bagi peminat tegar kafien cam saya ni, kena juga ambil kopi. Ambik  ketika berbuka pun memadai…. Jangan le banyak. Cuma secawan jadi le…

Sebagai ganti,  minuman jus buah adalah terbaik. Jus dari sayuran juga bagus ( tapi tak lalu pulak nak telan).



   buah-buahan yang mudah diperolehi

Pagi-pagi tu blend le buah-buahan seperti manga, honeydew, apple hijau, tembikai, rock melon dan lain-lain. Nakkan lebih sedap, tambah le susu pekat. 
  




  Jus-jus yang sedap dinikmati ketika sahur

 Ingat! Don’t ever use ice. Ni buat kita lesu. Tapi boleh guna air yang telah disejukkan dalam fridge. Juga jangan lak buat suam.  Sebab suhu setinggi 60 celcius dah boleh uraikan vitamin yang ade. Jus pulak jangan sekali- kali ditapis.  Sebat je dengan seratnya.  Ni le tujuan utama jus. Minuman yang berserat tinggi dapat mengurang terhidrat di siang hari…. Ni petua dari  nutrition juga. Dalam banyak jus, jus rock melon le paling sedap!

Sekarang dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Nak cari petua mendapat amalan, semangat dan tenaga untuk mencari malam yang baik dari seribu malam. Lailatul Qadar...Semoga diketemukan daku dengannya....
Amin....

KRONOLOGI LADANG



 4 April, tanah mula dibersihkan


                      Namun, bila hari-hari hujan, banyak pulak kena repair. Buat longkang di bahagian atas bukit, supaya air tak terus turun ke tapak. Besarkan lagi kawasan. Kali ke dua ambik escavator tokey Cina. Jimat RM200/day berbanding yang pertama. Kalau dapat tokey ni dulu, tentu banyak jimat!



Ni rupa jalan masuk pada mulanya. Jarak dari jalan raya dalam 300m. 
Bila hujan kereta pun boleh sangkut.

  Repair sikit dan tambah batu kasaran. Baru ok. Bila ade duit lebih nanti, nak tar le...

 Kabin buat tempat tinggal pekerja masuk dulu.  Masa tu mula mohon air. Dengan "kelembapan" sub con LAP, air dan septik siap sepenuhnya 4 bulan kemudian....Ingat ke mudah le bila ade air. Macam-macam alasan kalau minta datang siapkan. Satu... satu...tak tau le macammana depa bekerja...tak faham!. Yang depa tau, duit!. Duit dulu, kerje kemudian


Dengan khidmat Afril dari Sharifah Farm Resources (Melaka), keja-keja bina kandang kambing 
bermula (15 April).Terima kasih sebab buat kandang dengan competitive price
 serta tunjuk ajar mengenai ternakan kambing. Tak kedekut ilmu.....
Yang susah ialah, no water, no electricity...Elektrik hanya boleh masuk bila kandang dah siap!





Semasa kandang dibuat, saya dengan bantuan suami, dan anak-anak mula menanam napier dan purple guenie. Benih napier ambik kat Infoternak dan ladang Dr. Vijay. Benih purple guenie beli kat Lazuli.
Masa tu musim panas... berpinar juga membersih dan menanam

 Kena musim panas. Napier tak menjadi... kurus je. Baru tabur baja tinja ayam

Ditanam dilereng agar dapat mengelak hakisan


Tak sabar nak tengok rupanya bila dah besar!


Akhirnya tumbuh juga walau panas membahang. Pagi-pagi lagi ianya disiram.
Ya Allah, suburkanlah tanaman ini....

Finally, electric supply dapat

Pengalaman mendapatkan bekalan letrik ni adalah cabaran. Macam-macam ragam. Nak itu, nak ini. Ade 'orang tu' tak mau sign borang permohonan dengan alasan akan mencemarkan. Dimintanya surat kebenaran JPV le, Jabatan Alam Sekitar le,  dan macam-macam kerenahnya... Tak faham! Macam le kandang ni besor benor cam ladang babi yang ada kat Parit ni! Babi ok pulak!
Akhirnya, saya berjaya dapatkan sign dari 'orang lain'..Seminggu lepas dapat letrik, saya dapat bil pertama! Yang ni cepat!!!!


Sedia untuk menerima kambing... 
Kunjungan tetamu dialukan
Ya Allah..mudahkanlah usaha ku..
Amin...