Thursday, July 17, 2014

KRONOLOGI LADANG



 4 April, tanah mula dibersihkan


                      Namun, bila hari-hari hujan, banyak pulak kena repair. Buat longkang di bahagian atas bukit, supaya air tak terus turun ke tapak. Besarkan lagi kawasan. Kali ke dua ambik escavator tokey Cina. Jimat RM200/day berbanding yang pertama. Kalau dapat tokey ni dulu, tentu banyak jimat!



Ni rupa jalan masuk pada mulanya. Jarak dari jalan raya dalam 300m. 
Bila hujan kereta pun boleh sangkut.

  Repair sikit dan tambah batu kasaran. Baru ok. Bila ade duit lebih nanti, nak tar le...

 Kabin buat tempat tinggal pekerja masuk dulu.  Masa tu mula mohon air. Dengan "kelembapan" sub con LAP, air dan septik siap sepenuhnya 4 bulan kemudian....Ingat ke mudah le bila ade air. Macam-macam alasan kalau minta datang siapkan. Satu... satu...tak tau le macammana depa bekerja...tak faham!. Yang depa tau, duit!. Duit dulu, kerje kemudian


Dengan khidmat Afril dari Sharifah Farm Resources (Melaka), keja-keja bina kandang kambing 
bermula (15 April).Terima kasih sebab buat kandang dengan competitive price
 serta tunjuk ajar mengenai ternakan kambing. Tak kedekut ilmu.....
Yang susah ialah, no water, no electricity...Elektrik hanya boleh masuk bila kandang dah siap!





Semasa kandang dibuat, saya dengan bantuan suami, dan anak-anak mula menanam napier dan purple guenie. Benih napier ambik kat Infoternak dan ladang Dr. Vijay. Benih purple guenie beli kat Lazuli.
Masa tu musim panas... berpinar juga membersih dan menanam

 Kena musim panas. Napier tak menjadi... kurus je. Baru tabur baja tinja ayam

Ditanam dilereng agar dapat mengelak hakisan


Tak sabar nak tengok rupanya bila dah besar!


Akhirnya tumbuh juga walau panas membahang. Pagi-pagi lagi ianya disiram.
Ya Allah, suburkanlah tanaman ini....

Finally, electric supply dapat

Pengalaman mendapatkan bekalan letrik ni adalah cabaran. Macam-macam ragam. Nak itu, nak ini. Ade 'orang tu' tak mau sign borang permohonan dengan alasan akan mencemarkan. Dimintanya surat kebenaran JPV le, Jabatan Alam Sekitar le,  dan macam-macam kerenahnya... Tak faham! Macam le kandang ni besor benor cam ladang babi yang ada kat Parit ni! Babi ok pulak!
Akhirnya, saya berjaya dapatkan sign dari 'orang lain'..Seminggu lepas dapat letrik, saya dapat bil pertama! Yang ni cepat!!!!


Sedia untuk menerima kambing... 
Kunjungan tetamu dialukan
Ya Allah..mudahkanlah usaha ku..
Amin...


No comments:

Post a Comment