Monday, October 27, 2014

KELUARGA BARU BEBIRI

Dua cuties ni lahir baru-baru ni. Comel...jantan dan betina. Tambah lagi bilangan bebiri di kandang kambing ku. Moga Allah terus memurahkan rezeki ku. Amin....





Pening nak bagi nama kat mereka...namun mereka menceriakan hari-hari saya.....

Thursday, October 23, 2014

SICOMEL NANDUK

Just Want To Share
Si comel ni namanya Nanduk.Namanya diberi sebab gemar menaduk kaki orang sambil melompat-lompat gembira.  Anak bebiri ni lahir pd 17/09/14.



Ia menceriakan hari saya... Didoakan Nanduk terus membesar dengan sihat. Amin...

SILAJ BATANG JAGUNG


Rupanya tak susah mana nak buat silaj batang jagung.  Mulanya silaj ni saya guna untuk support makan bebiri saya yang kuat makan. Malam pun bising nak makan. Sekarang ni semua kambing dah suka makan silaj ni.


Silaj ni boleh dibuat dalam tong  atau plastik je. Dengan syarat, tak berlubang agar tak masuk angin. Rosak.



Silaj sedia digunakan setelah 48 jam.

Silaj akan diterus dibuat bagi memastikan makanan tersedia terutamanya di musim hujan ni, kambing tak dapat nak dilepaskan meragut. Doaku, kambing akan terus sihat.
Amin....

Friday, October 10, 2014

SPECIAL DELIVERY

Pagi lagi mulakan perjalanan ke Kg Deralik, Setiawan, untuk tempahan Pn. Sharina. Seekor kambing cincang dan seekor bebiri yang diperap untuk dijadikan Kambing Golek, untuk aqiqah cucunya Nurizzuddin Ar Rayyan bin Nurudien Jadd Syazwan. Moga diberkati Allah selalu. Amin..


Thursday, October 9, 2014

SALAM AIDIL ADHA

Rasanya dah terlambat untuk ucapkan "Selamat Aidil Adha". Terlalu sibuk untuk update blog ni. Ianya dah berlalu, tetamu Allah juga telah mula pulang dari Tanah Suci Kota Mekah. Didoakan mereka semua memperolehi haji mabrur...

Kurban di ladang

 Anak lelakiku Iman turut membantu melapah

 

Kurban oleh En. Abdul Latiff dari Nigeria

 Hanif dan Harun... kecoh tengok kambing

 

Ramai rakan datang melawat. Tapi Kak Shidah yang  pegang pisau lapah...

Terima kasih kepada semua pelanggan kerana memilih Denai Bunda Multifarm bagi mengerjakan ibadat korban. Semoga ibadat korban diterima Allah s.w.t.
Amin.....