Sunday, December 21, 2014

BILA AKU SEORANG GURU...

Lama tak update blog. Sibuk di ladang memanjang. Kerja dari bos hinggalah ke kuli. Namun hari ni nak cerita nostalgia seorang guru....Makin dekat nak pencen, makin sayu pulak hati. Bukan ape..... Mendidik dan mengajar tu memang dah sebati dalam diri. Seronok, indah, mencabar dan segalanya. Tapi keputusan melepaskan jawatan ni tak lah rasa silap. Masa dah tiba untuk meneroka dunia lain.

Namun, nostalgia seorang guru tu datang balik bila di depan pagar ladang seorang lelaki menyapa, " Cikgu Zuraini dari SYS kan!".  Bila ditenung, lelaki tu adalah HAFIZ salah sorang dari beribu-ribu bekas anak muridku.  Bezanya yang ni, dia datang mencari kambing di ladangku untuk diternak.Dulu dia ni baik budaknya. Datang bersama isteri dan 2 orang anak. Sekarang dia juga dah memegang title GURU. Mengajar di Mukut, Sarawak. Akhirnya, selepas bercerita itu-ini, 4 ekor kambing dan seekor bebiri ku bertukar tangan....

Anak-anakku juga selalu berkata, "famous le ibu, ramai yang kenal dan tegur ibu bila berjalan di mana-mana? Di Ipoh, Shah Alam, Klang, Pahang, Trengganu, malah di Johor. Gitu le bila jadi seorang guru... Lepas ni aku tak tau pulak apa yang akan berlaku bila aku dah tukar ke title PENTERNAK KAMBING.....


No comments:

Post a Comment